Monday 28 November 2011

Terus Bangun Dan Berjuang!

PERHATIAN: TERDAPAT AYAT-AYAT OPTIMISTK DAN JIWANG


Pernah berasa sedih atau kecewa dalam hidup anda? Jangan risau! Setiap waktu susah, duka, sedih, melankoli dan perasaan yang perit yg lain mesti ada hikmahnya kan? Sentiasa percaya dengan apa yg kita ada dan terus hidup. (jangan sekali-kali untuk cuba membunuh diri) Telan pahit yang kita lalui, dan kalau anda tidak dapat menahan emosi, luahkan dgn menangis (tapi jgn lama2), menjalankan aktiviti yg berfaedah dan berdoa. Namun, jangan pernah sekali-kali putus asa. Macam saya, setiap hari ada macam2 ja dugaan, saya anggap "fuck it, sabaq ja la.. siap sedia utk masa depan" Ingat! jangan pernah putus asa!

Nota untuk diri sendiri: Ingat paan, walaupun bukan nasib kita, teruskan hidup untuk masa depan dan bukannya hidup untuk masa lampau.

Saturday 26 November 2011

Amnesia

My Chemical Romance-Welcome To The Black Parade

Sudah 1 tahun, 3 minggu dan 4 hari atau 390 hari saya kenal dengan dia. Saya mengaku memang saya jatuh cinta dengan dia. TAPI, entry kali ini BUKAN pasal kisah cinta saya dengan dia. Ok, ok. Terus terang,  
saya tak cinta dia lagi. Uh -_-... Entry untuk kali ini tentang.... *eh, hang boleh diam tak?!!* Maaf, kucing saya buat hal. Teruskan,  entry untuk kali ini tentang.....(tak ada apa-apa yang menganggu untuk kali ini) *drums please* tsssshhhhhhh!! BAGAIMANA NAK LUPAKAN SESEORANG! *claps please* Ok thanks, good job matt! Straight to the point: Saya nak sangat-sangat lupakan dia. Dah 390 1/2 hari saya cint... Maksud saya kenal dengan dia. Saya dah tak sanggup nak tambah hari dalam tempoh tu lagi dah. Biar lah kekal dengan 390 1/2 hari saja. Lupakan saja paan oi, dia dah milik orang.  Amnesia? Tak mau la. Urm, tip tu kata, Lupakan ex anda, dan teruskan hidup anda. Bunyi macam ayat basi kan? Yang tepatnya, Hentuk kepala anda di dinding sehingga anda disyaki positif amnesia. Baru betul kan? Tak? **** anda! Hampa ada tip yang lebih baguih ka? Ada? Kongsi ma.... letak tepi lawak/jokes aside, Goo-goo, (serious @-@) Urm, hahahahahahahahahahaha!!! Tak dapat nak serious la! Sepanjang saya tulis entry ni, saya asyik gelak ja. Ya la kan, betapa hebatnya kuasa cinta ni. Bayangkan, bagaimana cinta boleh mengubah hidup seseorang jadi bahagia merana. Sanggup hidup sehidup semati Ang mati la sorang! Dan pelbagai lagi ayat klise yang diucapkan oleh para kekasih penipu sekalian. Blackout! "Cinta wujud tak wujud", kata Prof. Emeritus Aishit-sayonara, dari University Towkyo, Ja-Pant, termasuklah saya sendiri. Good. Maal Hijrah semua!

Saturday 19 November 2011

Parti!

Yep, Semalam saya ada melemparkan sebuah parti untuk anak buah saya yang kedua iaitu Arif. Majlis bermula  sepatutnya bermula pada pukul 4.30 petang tapi atas sebab teknikal, ianya bermula pada pukul 5 petang. Tetamu saya ialah Aliff, Azman, Rafi, Asrul, Farhan Yayoya, Nabil Adli, Faris, dan Danil.
Makanan yang dihidangkan!:

  1. Mi kari
  2. KFC
  3. Bihun Goreng
Oh lupa, yang paling penting, KEK la! Arif dapat mainan Hot Wheels (tak tau la tahan nak berapa lama...) dengan set mainan Ben 10 yang dihadiahkan oleh Pak Ngahnya.

Ya Saya!

Gambar hiasan.
Assalamualaikum dan Salam revolusi buat semua! Ya, mungkin anda dah kenal saya dari blog saya yang terdahulu, iaitu Viva Le Revolutione. Nama saya Farhan Mahalludin. Tujuan saya untuk membuat blog ini adalah untuk memenuhi kehendak pembaca blog VLR kerana tak berapa faham dengan bahasa Inggeris saya. Jangan risau blog untuk kali ini 100% dalam bahasa Melayu. Provokasi! Ya, saya akan menulis tentang masalah remaja. Propaganda! Mungkin ramai yang akan marah dan rasa tersinggung dengan penulisan saya. Punk! Peduli apa! Mungkin anda akan berkata "blog ni simple sangat la", saya malas nak hias blog saya dengan rekaan yang rumit dan menjengkelkan. Saya nak mengekalkan keringkasan dan kekemasan. Yang penting, mesej yang nak disampaikan!